Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa :)

Monday, March 21, 2011

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DR.FADILAH KAMSAH)

 BUAT PEDOMAN BERSAMA

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....


.sampaikan kebenaran walaupon ianya perit :)

PED0MAN BUAT AKU, KAMU, DIA & SEMUA..RENUNG2KAN :)

Wednesday, March 16, 2011

MERONG MAHAWANGSA


Hari ni aku nk wat review ket la psl cite hikayat merong mahawangsa yg aku tgk ari 2. bagi aku cite ne plg besh la utk filem melayu kita ne. x penah k0t filem melayu wat cite ala2 'Pirates of Carribean' cmni. lgpun sbb aku mmg minat sume karya KRU kot. Production d0rg kn x penah m'gecewakan even th0ugh b4 ne filem cicak man efek dy cm x bpe sm0oth sgt. tp cite ne, ade perubahan. perubahan yg sgt m'berangsangkn. mmg better & besh! :)

um, klu org bg star 0-10, aku ley n0batkn cite ne.... 9/10! hah, obvi0us k0t suke gle cite ne. ikut ati mmg nk tgk lg skali cite ne, tp sbb aku sengkek, tngu DVD jela.huhu. btw, aku nk bg la several reasons y k0rg kne tgk cite yg aku kte besh gile neh. :)

Kenapa anda perlu tengok filem ini:

1. Filem terbaik Malaysia dari segi CGI (computer-generayed imagery). efek, 3D terbaek! :)
2. Dialog yang mantap terutama bahasa kiasan
3. Lakonan yang mantap terutama dari Khir Rahman sebagai Kamawas
4. Filem Malaysia yang lain daripada yang lain. Bukan tipikal.
5. Babak pergaduhan yang awesome. Darah berterabur sana sini
6. Stephen Rahman sangat handsome. b0le cakap melayu fluent :)
7. Lakonan Ummi Nazeera sangat awesome walaupun keluar sekejap je.
8. Boleh belajar sejarah kerajaan Kedah.
9.  Boleh buat anda menangis kalau anda seorang wanita yang over sensitif.
10. Skor muzik dia sangat best.
11. Part lawak, k0rg tgkla wig  Dato' Rahim Razali n c Jehan Miskin yg hnya watak kecil shaja.(tp last2 agk pentingla) hik2


 selamat men0nton. n lepas ne, ikut k0rgla nk evaluate cne cite ne. len org, len taste.hehe
tp yg penting, pas ne ade cite 'KARAK', KRU Production gak, tgk thriller cam seram n besh, aku mmg nk tgk sgt2. (stalker Yusry k aku ne, minat sume karya beliau.hik2) x sabar k0t. k, Layanzz~~~ ^^

Kimia...


Aku mula jatuh hati kepadamu,
Setelah kau kata cinta padaku,
Masing-masing dulu kau punya pasangan,
Akhirnya kita bersama...

Pertama kali kita bersua bertentang mata,
Terasa ada kimia di antara kita,
Kau kucup pipiku,
Kau bisikkan cintamu,
Kau kata 'baby I love u'
Kau cairkan hatiku...

Bahagia...
Ku rasa,
Di saat kita berdua bersama,
Memandang bulan terang,
Menyaksi bintang-bintang,
Kau seru akulah pelangi cintamu...